Sunday, December 26, 2010

Kerana aku wanita

salam
pe kabar sume?
hope sihat2 sejahtera hendaknye.
ermm.. arini aku share stu puisi la kn yg aku terbace kt iluvislam.com
sgt best n btol2 stuju dgn ape yg tertulis stiap ayat.
jom hayati same2.
buat kaum2 adam di luar sane.. :)
sumber dari iluvislam.com:

KERANA AKU WANITA

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

p/s: jadi buat kaum2 adam di luar sane. kerana kami adalah wanita. kami kaum yg lemah yg memerlukan bimbingan dan perlindungan dr kalian. kami bukan dicipta utk dtindas dan drosakkan. tp kami dcipta utk dibelai dan disayangi serta dikasihi..
(^^,)

2 comments:

  1. yes! agree for this lovely post. sangat menarik.aku suka! 5 stars utk kau! hihi..

    ReplyDelete
  2. ehehe.. tengs belle! ni first time dpt pujian. tp ak amek dr org pn sbb menarik. saje nk share. :D

    ReplyDelete

thanks f0r leaving y0ur c0mment here~ (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...